Mengikut pandangan Carl Rogers, manusia dilahirkan dengan potensi mengejar kesempurnaan kendiri. Maka pembelajaran merupakan naluri manusia semula jadi. Bahan pembelajaran yang bermakna dan selaras dengan objektif pelajaran murid akan mendorongkannya menyertai aktiviti pembelajaran yang dianggap paling berkesan. Bagaimanapun, apabila bahan pembelajaran menimbulkan perubahan struktur kendiri murid atau wujudnya ancaman dalam situasi pembelajaran, kerisauan individu yang ditimbulkan akan menjadikan sikapnya menentang pembelajaran. Menurutnya lagi, apabila murid mengambil inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran, hasil pembelajaran yang diperolehi adalah amat berkesan. Penilaian yang berdasarkan pemikiran refleksi murid adalah lebih baik daripada penilaian orang lain. Aktiviti pembelajaran harus berasaskan kehidupan harian, demi memupuk kemahiran hidupnya. Bagaimanapun, mengikut beliau, pembelajaran yang paling berkesan ialah belajar pembelajaran (learn to learn), iaitu belajar bagaimana belajar.
Hal ini dapat disokong dengan adanya teori-teori yang disarankan oleh daripada Carl Rogers yang mengandungi beberapa ciri-ciri utama. Ciri-ciri tersebut adalah pengalaman setiap individu adalah fenomena-logikal, iaitu pengalamannya hanya dialami dan difahami oleh individu itu sendiri. Contohnya, pengalaman didenda di dalam kelas kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberi lalu gurunya mendendanya, maka perasaan yang dirasanya pada masa itu merupakan pengalaman buat dirinya yang tidak dapat dirasai oleh orang lain.
Selain itu, setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Contohnya, apabila menjelang tahun baru kebanyakkan orang akan berazam untuk mencapai hasratnya pada masa akan datang seperti berazam untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Justeru, keazaman yang disemai akan membawa kesempurnaan kendiri sekiranya mereka dapat mencapai target mereka.
Disamping itu, Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan diri yang berbeza. Contohnya, seseorang yang mempunyai keyakinan dalam berkomunikasi tidak akan berasa kekok berhujah di khalayak umum. Namun, berbeza pula dengan sesorang yang tidak mempunyai keyakinan yang tinggi dalam berkomunikasi dan jarang bersosial akan berasa kekok apabila disuruh berhujah. Apabila diri sendiri tidak dapat mempercayai kebolehan diri sendiri maka sistem nilai dan kepercayaan terhadap diri adalah rendah berbanding mereka yang percaya dengan kebolehan dengan diri mereka sendiri.
Seterusnya, tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaannya. Contohnya, kanak-kanak yang aktif dalam sebarang aktiviti di sekolah dapat menarik perhatian ramai orang dan guru-guru sekaligus membuatkan dirinya dikenali ramai. Dalam masa yang sama dia akan menjaga tingkah lakunya agar dapat menjadi contoh kepada murid-murid lain.
Menurut Carl Rogers lahi, kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui proses komunikasi. Contohnya, Laila tidak puas hati dengan Maria kerana Maria telah meniru kerja sekolahnya lalu Laila telah mengadu kepada gurunya supaya Maria di hukum. Oleh itu, Maria akan berasa serba salah dan mengetahui yang Laila tidak menyukai tindakannya yang meniru kerja sekolah Laila.
Namun, menurut Abraham Harold Maslow pula, ahli-ahli psikologi mazhab humanis berperndapat pembelajaran yang berkesan adalah bergantung kepada motif pelajaran sendiri. Mengikut kajian mereka, motivasi instrinsik merupakan penggerak asas bagi manusia mencapai kejayaan yang cemerlang.
( Sumber: Siri Pengajaran Profesional: Murid dan Alam Belajar; Terbitan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd)
KONSEP MODEL PENGAJARAN PERSONAL
Langgan:
Catatan (Atom)